Merdeka Daripada Perspektif Aku...

Qasidah Gunung Semanggol... Teater terakhir aku...
Salam  untuk kamu...kamu yang mengajar aku mengenal perkara..aku kenal dunia daripada perspektif berbeza..aku kenal diri aku. aku lihat dunia itu daripada kacamata kamu....






dunia cerita aku sudah tidak seperti dulu...sudah lama... sudah jauh berbeza.. tapi aku sentiasa ingat kamu.. kamu yang mengajar aku...



cuma kadang aku terkenang..saat aku mendaki mencari ruang.. kamu ada di situ.. kamu, pak ya dan kawan kawan lain ada bersama aku...


pada aku kamu seperti halilintar yang datang... perit, pedih, sedih tapi aku tetap di situ.. cuma kamu tahu apa kemahuanmu.. lantas membuat aku terpaku...



perjuangan ini masih belum selesai... aku ingat kamu.. walau sejarah telah lama berlalu.. 



kamu ajar aku berdiri cara sendiri... melihat permainan ini...berfikir dan bertindak cara dewasa... aku tidak akan pernah lupa...


 walau jauh kamu tinggalkan aku di sana.. aku sentiasa ingat saat dan ketika... aku belajar sesuatu daripada kamu yang tersisih di situ...


kamu beri aku cerita.. kamu beri nafas  yang lebih terbuka. hanya aku perlu tahu.. adakah masih ada lagi ruang untuk aku membawa ceritera kamu...

 hari ini aku masih lagi sendiri..  menitis air mata saat aku berbuka.. kerana aku rindu kamu.. kamu yang tidak lagi akan aku bersua...


Dr. Anuar Nor Arai.. aku ingat jasa kamu, walau mereka sering lupa.. kerana mereka tidak pernah punya kamu.. tapi aku.. aku masih setia.. (Al-Fatihah)


6 comments:

  1. Salam...maaf la komen lain dr entry...kalu ada masa tgk blog akak,nape gambar macam tu,objek ngan background sedondonnnn jeee....dah try guna slow shutter,supaya objek nampak dim sket..tapi cam jadi je...

    ReplyDelete
  2. kompas, ko join teater mn ni?

    al-fatihah buat Dr. Anuar Nor Arai

    ReplyDelete
  3. darkhalf.. teateer arwah dr. anuar nor arai. anjuran DBP. dah lama dah. tiga empat tahun lepas. kenangan je skrg ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails