AKU, KUNING DAN ATUK - Part 1

Salam semua, memandangkan cuti bini aku sehingga esok (16 Ogos) maka hari ni kami ke Ijok kampung atuk dan nenek sebelah bini aku. dengan niat untuk menziarahi kedua mereka dan sedara mara. dalam kesempatan yang berbaki molek kiranya menziarah atuknya yang uzur dengan doa semoga mereka sihat dan sejahtera.

Dan bagi aku setiap detik waktu punya cerita sendiri. aku tertarik nak mendalami perasaan seekor kucing dalam bulan puasa begini. nama kucing ni Kuning. die duduk umah atuk di Ijok. Kesempatan yang ada atuk sangat happy jumpa cucu die (bini aku). kerinduan terubat bile mana mereka berbual mesra. aku...? aku sibuk melayan Kuning je...(atuk dan nenek pun aku borak juge tapi lebih pada keje aku le)
 
 
Waktu aku sampai pun Kuning dah ajak lepak. penat puasa katanya..jom borak borak. aku ikut Kuning nak dengar cerita. apa betul ke binatang pun puasa...?
 
 
Sedang Kuning mau cerita pengalaman, ada sekor kawan die jeling tanya pasal makan. Kuning marah cakap bukan bukan. padanya puasa puasa la walau pun haiwan. puasa mana boleh makan. aku rasa elok aku sambung cite ni nanti. sebab masa cepat berlalu pergi. esok bini aku nak terbang lagi. tinggal aku kongsi rasa sendiri....bagi masa sikit, nanti aku tulis lagi.



2 comments:

  1. oo..ini mcm citer sixth sense da..boleh paham kucing borak. heheh

    p/s: sedih je ayat last tu...sabar la yek. :-)

    ReplyDelete
  2. hi UglyPooh.. tak le sixth sense.. saje je angan angan dengo kucing cakap. sedih le.. bini jauh keje. hehe :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails