Ikan, Nelayan dan Gigi Berlubang...

salam petang, salam berubah untuk kebaikan insyaAllah. semalam kita lupa.. hari ni pun kadang lupa. bile mau ingat. sendiri fikirlah.. aku pun sama. selalu lupa.. selalu cakap suke suke.. kadang aku cakap maksud makan pakai sudu.. orang dengar kadang fikir aku merapu...aku minta maaf dulu...insyaAllah... hari cerah.. aku keluar rumah. jalan pelan pelan.. cari makan...insyaAllah...cerita sakit gigi tak de kene mengena dengan mana mana entry aku dalam blog ni..






ingatkan diri sendiri..kadang kita fikir esok boleh makan durian. tapi hari ni belum tentu boleh beli rambutan. ..kadang esok kita fikir nak tangkap ikan.. tapi kita bukan nelayan. baik beli je.. nelayan punya kerja.. rezeki kurang kurang die merasa. baru adil dan saksama. sebab kita tak boleh jadi semua yang kita suke....





bukan mudah jadi nelayan.. tidak semudah membeli ikan...bayangkan.. nelayan yang sakit gigi.. merentas laut cari rezeki.. 


Kadang bile kita sakit gigi .. kita nak cabut doktor kata nanti.. semua terjah semua seranah tak nak berhenti.. bila kita nak berubah ni.. subhanallah. kita tak patut macam ni...


tengok nelayan keluar pagi balik matahari tak de lagi.. hasil tangkapan belum tentu penuh sebaldi. tapi nelayan tak bising tak huru hara tak maki maki.. baik nye nelayan hati bersih cari rezeki...


 nelayan dan ikan berkawan kawan.. hari ni sembang esok kalau dah rezeki jadi hidangan. tuhan dan tentukan jalan jalan. tinggal kita usaha, jaga mulut, jangan sampai hilang pedoman..







aku bercakap tepuk tepuk kepala supaya jangan lupa. aku cakap pada aku  yang sentiasa leka, aku tak de kuasa lagi nak tahan nyawa tahan nafas.. aku tak de kuasa lagi nak tahan buku daripada terhempas..  biarlah semuanya bebas.. kita cari rezeki.. kita cari cerita.. kita cari pengalaman dan pengajaran sama sama...




aku dah tak kuasa nak beli kereta bertakhta berlian bersalut emas..aku dah tak kuasa nak berlari, terjun, panjat walau aku belum puas. aku perlu masa rehat seketika duduk sendiri.. tengok dalam buku apa cerita akhir nanti. kata orang tua tua.. jangan biar hantu kecik ketawakan kita. tapi orang tua... "hantu kecik tu sekarang dah lebih daripada ketawa..."



semua ini berlaku pada aku, kamu, nelayan dan sapa sapa.. kerana kadang kita tahu, kita lupa tuhan maha kuasa. tapi hari ni adakah kerana sakit gigi. semua terbang semua datang ingatkan diri....Subhanallah. moga Allah ampunkan kita. yang selalu lupa.. selalu sangat ketawa... terserah kalian.. ingatan ini untuk aku...maaf teman...

8 comments:

  1. entri mendalam giler ni..pening baca...miahahhaha....

    ReplyDelete
  2. tomato.. macam biasalah.. hidup hari hari tak selalu indah. hari ni bau pisang.. esok mungkin tembelang.. kita hadap harap ada berubah..insyaAllah. terima kasih atas komen tomato.

    ReplyDelete
  3. kadang2 manusia terlalu fikir mudah atau tak mahu fikir... so jd lah golongan org yg suka berfikir... p/s apa yg aku komen ni kompas.. huhu

    ReplyDelete
  4. entry sastera tahap tertinggi..bkn pe tu, incik kompas nak ekjas kasi feel sama ngan galeri seni dlm gmba tu..btol x?hahahh

    letih otak aku dok digest.bagus2, sapelah ikan tanpa nelayan

    ReplyDelete
  5. oo melayu rupanya..pesal n3 sebelum ni cam indon jerk..akeke :P
    berpesan2 kepada kebaikan. Insya Allah, moga2 kita tak tersalah jalan. cantik2 gambo...;)

    ReplyDelete
  6. bemie.. macam tu la kita.. manusia.. kadang ingat kadang lupa.. bile sakit gigi macam macam boleh datang.. macam macam boleh pulang.. ingat ingatkan sendiri.. semalam tak sama macam hari ini.. esok kita tak tau lagi...

    ReplyDelete
  7. dark half.. tak de le sastera tinggi.. cuma luah rasa sendiri.. ingatan hati. kalau boleh kongsi kongsi .. sama sama simpan insyaAllah

    ReplyDelete
  8. akmafaizal.. ya bisa.. melayu...juga indon juga serumpun. salasilahnya juga ada dari sana. ingat ingat sesama kita. sebab indon ke melayu ke..sapa sapa pun.. selalu lupa.. ini ingatan untuk aku... makasih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails