Secara kebetulan masa balik kampung, aku boring tak de buat apa. aku ajak abang mimi sepupuku dan adin adik aku menyusur jalan mencari lokasi rehat rehat. jadi aku bawak le mereka kononnya nak ke air terjun Sagil dekat Jementah. dalam perjalanan dari Gemas kampung aku ke Jementah lebih kurang dalam 1 jam lah. Jementah ni berkedudukan dalam negeri Johor. jadi aku pun lalu la Batu Anam, naik Segamat turun Jementah. dalam jalan jalan tu tiba tiba teringat nak ke Bukit Kepong. itupun secara kebetulan selepas Jementah sebelum ke Sagil akan ternampak satu signage Bukit Kepong. belok ke kiri menuju Bukit Kepong...
|
Abg Mimi dan Adin |
Bila dah masuk simpang kiri, memerlukan kira kira 40 minit untuk ke kawasan balai polis Bukit Kepong. buat kali pertama aku ke sana ku fikirkan seminit dua. boleh tahan juga lamanya. pada awalnya aku ingat macam tipu je signage tadi. sebab dan lebih 30 minit memandu namun tanda tanda Bukit Kepong langsung tak kelihatan.
|
Sedikit fakta di dinding balai polis Bukit Kepong |
|
Balai Polis Bukit Kepong |
|
Masih terpelihara |
Tetapai akhirnya setelah melalui sebuah jambatan merentasi sungai, dan bertemu simpang tiga. makanya ambik la simpang ke kanan menuju ke Lenga. lebih kurang 5 minit perjalanan dari simpang tiga tersebut akan bertemulah aku dengan kawasan penuh tragedi ini
|
Tido sini semalam test... |
|
Bot Marin di Balai Polis Bukit Kepong |
Kali pertama menjejakkan kaki, berbunyi juga mulut. mana polis kat sini. rupanya binaan ini bukan le menjadi balai polis / pondok polis lagi. hanyalah sebagai satu destinasi tatapan sejarah untuk yang mahu menghargai. terfikir juga kalau tido semalam sini ok ke. tapi aku fikir je.. aku tak berani buat. kawan kawan nak silalah...
tak banyak yang ingin aku kongsikan di sini, rata rata sedia maklum sejarah Bukit Kepong. cuma hati terdetik bagaimana saat waktu itu. besar pengorbanan meraka yang terkorban di sini biar apa pun kisahnya...
Sampai skrg aku tgok citer bukit kepong kat youtube, bleh menitis air mata dibuatnya. Terima Kasih Semua atas pengorbanan mereka.
ReplyDeletekliks.. ye mmg, sampai hari ni pun mmg sedih kalau tgk cite tu. apa jadi. apa sebenar situasi. Allah je tau. kita ni doa yang baik baik semoga mereka sejahtera. sekurang kurang nya ini pengorbanan mereka.. pengorbanan aku takat lapo je...
ReplyDelete