Hailmey CREW

Salam semua, sempena puasa terkenang kerja kerja lama.. bersama kawan kawan membantu mengerah tenaga. entah bila dapat bersua...



merah itu ducati... aku gile jenama ni.. menunggangnya kalau laju tak terkawal boleh mati... apa pun terbaik bagiku kalau punya sebiji...


bikin filem bukan kerja senang...goyan goyang kaki belum tentu boleh siap sampai petang.. terima kasih pada yang beri peluang.. pada kawan kawan yang melayan karenah berulang ulang...


bermula seawal pagi di kompleks pertama... namun sebelum itu beberapa perkara telah bermula... nak cerita pun nanti panjang berjela.. tengok tengok le Cat Farish personaliti baik budi bahasa...


set di Naza Petaling Jaya, semua motosikal macam macam jenis semua ada.. aku ni jenis rambang mata.. kalau ku berduit semua aku yang punya...


perjalanan seterusnye ke Port Dickson pula.. bersama Wazi pelumba antarabangsa.. pengalaman beribu susah nak cerita.. tgk la the making bukan senang punya kerja...


Kerjasama semua amat dibangga... dari pagi ke petang membawa ke senja.. Wazi panas pakai suit usah la cerita .. kalau suit kain batik tak pe juga..kulit sekulit kulitnya panas membara....






alhamdulillah semua berjalan seperti diduga.. sikit sikit masalah tu perkara biasa.. ku ucap terima kasih pada semua, pada tokey besar semoga murah rezeki sentiasa, walau kita tak lagi bersua... 


sekian dari aku empunya cerita... kenangan tersimpan abadi sentiasa.. ade masa ade ketika..kita shoot lagi kat mana mana.. thanks everybody.. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails