salam dan selamat puasa.. aku sakit bahu tak tau sebab apa. saje je cite. bukan ngadu domba. kalau ye pun dah orang kita. macam tu la kisahnya. tapi aku bukan nak cite pasal bahu. bahu aku sakit aku punya pasal. apa aku buat aku je tau. aku nak cite masa aku sekolah darjah tiga dulu.. cikgu tahun 80an cakap masa itu emas. cikgu tu siap suruh buat lukisan.. tulisan 'masa itu emas' dan letak gam serta taburkan butiran butiran serbuk emas.. emas katanya.. ye ke cikgu...
kemudian bile aku sekolah menengah aku gi biro tata negara. budak sekolah aku pandang sinis sebab pemahaman mereka sapa yang pergi biro tata negara tu budak jahat. tapi bagi aku sebaliknya. aku lebih kenal sapa aku sebagai warga. apa itu emas apa itu kaca. dan masa waktu itu bagi aku adalah kehidupan...
aku difahamkan masa adalah kehidupan... dan kehidupan perlu masa... untuk berubah. dan daripada perubahan itu aku lihat dunia kecik, sederhana dan besar daripada pemahaman aku...
dan biarpun masa itu berhabuk, berkapuk hatta apa pun wajahnya. die tetap bawa satu perubahan dalam kehidupan yang pelbagai... kalau hari ini aku kata satu campur satu jawab dua.. esok mungkin dua bukan lagi jawapannya..
kadang masa itu terang.. kadang ia gelap. kadang ia langsung tidak kelihatan walau ia sentiasa berjalan. percaya atau tidak.. ia sesuatu yang tidak boleh ditolak... masa adalah kehidupan bagi aku...
dalam masa juga aku kenal orang.. kenal seseorang.. kenal diri sendiri.. kenal peribadi.. kenal wajah wajah datang dan pergi.. kenal manusia lebih dalam lagi.. kenal bahawasanya cakap cakap hari ini tak boleh sampai esok atau lusa lagi.....
aku fikir lagi.. kenapa masa bawa pelbagai warna.. kenapa masa berjalan tak tunggu sesiapa.. kerana mungkin kita lupa.. sentiasa lupa.. terlupa.. yang masa seharusnya selari dengan kitab yang di belakangnya... apa sahaja pemahaman kalian.. terserah anda.. makasih..
ni mesti tgh lapor giler tunggu time berbuka ni... sebab gambor last sekali tu.. ada kuih muih.. wakakakakak
ReplyDeleteMasa itu amat bernilai...ibarat emas.
ReplyDeleteMasa hadapan sentiasa hampir,masa yang berlalu semakin jauh...
mie.. ni pukul 4.30 pagi le.. pas sahur sahuran.. tgh dok tgk masa lepas.. tgh kenang kenang fikir fikir hari esok..hihii
ReplyDeleteudanggalah.. ye betul.. insyAllah semoga masa terbaik buat kita semua. selamat berpuasa.
ReplyDeletemasa sgt pntas. xsempt nk kejar da skarang...
ReplyDeleteorg yg buang masa sia2 mmg merugikan. trmasuk sy...kdg2. hehe
ooo kire baru lepas kueh mueh la ni... kekekeke
ReplyDeleteugly..biasa le tu.. kita pun sama...post ni pun untuk ingatan diri gue sendiri sebenarnya..makasih
ReplyDeletehaah mie.. baru pas le tu. nak tido.. hehehe
ReplyDelete