TAMU KIANGGEH

Salam sejahtera...salam manis sakit gigi lagi.. lama kompas tak update.. sebab ada kerja lain.. so sekarang ada waktu terluang.. makanya kompas ingin berkongsi satu lokasi.

Tamu Kianggeh. 'Tamu' bermaksud pasar. Kianggeh merupakan sebuah mukim terletak di Bandar Seri Begawan. Menariknya Tamu Kianggeh ini beroperasi setiap hari bermula seawal 6 pagi.


Terletak di pinggir sungai Bandar Seri Begawan, Tamu Kianggeh  merupakan antara tarikan utama pelancong di sini. Kehidupan masyarakat tempatan dan ekonomi jelas menggambarkan suasana yang harmoni. Bukan setakat keperluan seharian malah pelbagai barangan turut diniagakan.


Antara yang menggamit mata untuk melihat lebih dekat ialah keunikan perniagaan di Tamu Kianggeh.



Pelbagai produk jualan dengan harga yang berpatutan membuatkan anda sentiasa ingin meneroka seluruh tamu ini.





Bagi anda yang inginkan hidangan ikan segar, Tamu Kianggeh menawarkan pelbagai pilihan. Pun demikian anda pasti tertarik dengan kawanan ikan toman yang jarang dilihat dijual di tempat lain.





Antara keistimewaan Tamu Kianggeh bagi penggemar hasil laut kering di sinilah tempatnya. Tamu Kianggeh menawarkan pelbagai pilihan produk dengan harga berpatutan.



Untuk ke sini, tidaklah sukar kerana bot tambang menyediakan kemudahan ulang alik dari beberapa kawasan sekitarnya dengan kadar tambang diantara BND2 hingga BND6.  Pun demikian, sekiranya anda berada di Bandar Seri Begawan, tentunya akan terlihat tamu kianggeh ini kerana kedudukan yang berhampiran.





Jika anda biasa melihat ketupat yang diperbuat daripada daun kelapa, maka di Tamu Kianggeh anda berpeluang mendapatkan ketupat daripada daun nipah yang dikeringkan. Menariknya ketupat sebegini akan tahan lebih lama berbanding ketupat daun kelapa yang tidak dikeringkan.



Kesempatan merasai suasana di Tamu Kianggeh yang penuh keunikan, dengan pelbagai produk dan keistimewaan memberi seribu satu pengalaman.



 .

Jangan terkejut sekiranya anda berjalan keluar merentasi sungai di Tamu Kianggeh ini, adakalanya disapa peniaga yang menawarkan sesuatu keunikan.



Uniknya nanas bercabang dua, belum tentu senang nak jumpa, indah pengalaman berjalan sehari..ada rezeki insyaAllah datang lagi..


Salam sekian dari aku.. jalan jalan konsi kenangan... jumpa lagi...

8 comments:

  1. haah ugly.. nenas.. kepala dua.. :)

    ReplyDelete
  2. kat BSB.. bila laa aku nak kesana!

    ReplyDelete
  3. @Haw...insyaAllah.. ada rezeki . pergi je.. pusing pusing

    ReplyDelete
  4. nanas tu nampak macam maniisss jerr..terliur lah pulakkk....

    ReplyDelete
  5. nice shot terutamanya gambar sampan 3 beradik tu

    ReplyDelete
  6. @cikgu nurin..manis kot.. tgk bertanduk je nenas tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. @noreed.. terima kasih ye..time panas susah sikit amik gambo.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails