Imbasan Akhir Ramadhan...

Salam Syawal, di kesempatan ini ingin aku berkongsi kenangan akhir Ramadhan bersama keluarga di Bandar Seri Begawan. suasana hari raya jelas tergambar di sana sini.. meriahnya Aidilfitri...






suasana malam di Bandar Seri Begawan indah dengan kerlipan cahaya daripada masjid yang merupakan landskap utama di sini.. pun demkian,  cahaya neon jalanan turut menambah kemeriahan malam malam terakhir Ramadhan...



seperti kebanyakan warga, kami juga ingin merasai kenikmatan membeli belah di sini.. sebuah kompleks yang sempat kami singgahi berhampiran Masjid Omar Ali Saifuddien adalah antara tarikan utama di Bandar Seri Begawan.




Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan) adalah merupakan salah satu projek pembangunan infrastruktur di sini. Tersergam indah di kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.


dengan harga yang berpatutan, pelbagai barangan boleh diperolehi di sini. tepuk dada tanya bini.. ada duit boleh le beli...




Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails