1 Syawal...

Salam semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. moga meriah sambutan hari raya kalian tahun ini. dikesempatan yang ada ingin aku berkongsi sedikit sebanyak perjalanan 1 Syawal di Bandar Seri Begawan.



Alhamdullilah selepas  selesai solat Aidilfitri di Masjid Omar Ali Saifuddien aku pun bergerak balik ke rumah melalui titian kampung air.. sedikit informasi tentang Masjid ini, ia telah dibina pada 4 Februari,1954 di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. berkenaan titian kampung air aku postkan kemudian sebab gambo belum upload.


Seperti kebanyakan rakan lain yang beraya di luar kawasan...tentulah keadaannya akan sedikit berlainan..namun bagi aku .. raya .. raya je le.. sapa yang boleh kita ziarah waktu itu...kita gunakan masa dengan sebaiknya..






Bermula dengan beberapa kenalan bini aku di tempat kerja.. ziarah raya kami pun bermula. terima kasih buat brother Amnri dan sister Ila kerana bersama dalam kemeriahan hari raya kami sekeluarga...





Biarpun bukan semua orang Malaysia dapat aku temui dalam ziarah ini namun sedikit sebanyak ia memberi nafas raya buat kami sekeluarga. mana nak sama beb lu raya kat umah mak bapak lu sendiri dengan raya macam ni.. tapi aku pedulik apa.. bedal jele..apa pun aku nak kongsi photo raya aku hari ini.. photo raya bagi seorang anak yang mengerti.. apa itu raya.. bukan ke kita semua pun macam ni suatu ketika dulu...alhamdullilah.. :)







selamat hari raya. untuk keluarga dan kawan kawan semua.. selmat le...

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya.. Byk duit raye dapat zan...

    ReplyDelete
  2. selamat raya mie.. balik KL bile mie

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails