Salam Syawal, dikesempatan ini ingin aku berkongsi tentang ziarah hari raya di Istana Nurul Iman, biarpun tidak berkesempatan bagi aku namun peluang itu dapat dinikmati bini yang kebetulan merupakan kakitangan syarikat dipelawa menghadiri ziarah tersebut.
Kebanyakan rakyat Brunei tidak melepaskan peluang berkunjung
ke Istana Nurul Iman menjunjung ziarah dan menyembahkan ucapan
‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berserta kerabat diraja pada setiap Aidilfitri.
Tradisi
berhari raya di Istana Nurul Iman sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu rakyat negara Brunei
untuk bersemuka dengan raja yang dikasihi dan
yang sentiasa pemedulian serta mengambil perhatian berat terhadap
kebajikan dan kehidupan rakyat jelata.
Menariknya, setiap yang berkunjung akan dikurnia ole ole daripada istana yang menjadi kenangan sepanjang masa.. lebih lebih lagi bagi bini aku yang berpeluang merasai pengalaman sebegini..
Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin..
No comments:
Post a Comment