RAYA TEMPAT ORANG...

Salam Subuh (jam 5 pagi di BSB) hari ni aku nak letak entry yang pasal semalam lagi...semalam tak sempat sebab asyik resize gambo je..




BSB ni aku rasa macam nak sebut Back Street Boys je.. tapi sebenarnya bukan. bini aku cakap Bandar Seri Begawan. disebabkan hari raya tahun ni bini aku tak dapat cuti maka kene la semua sekali raya kat sini...




semalam masa duduk tengok tengok dari atas...tertanya tanya apa le aku nak buat masa kat BSB tu nanti.. dah le tak de apa sangat.. tapi pedulik le.. janji raya semua sekali dapat jumpa bini...












alhamdullillah sampai petang bini dah tunggu. berangkut angkut beg masuk dalam kete satu persatu.. .




terima kasih buat sahabat menaja kereta ... buat kegunaan aku dan family berhari raya...aku tak guna .. aku duduk sebelah je amik gambo saje...








sampai sampai bini bawak satu family pegi pasor ramadhan kat sini.. kat stadium hasanal bolkiah pelbagai juadah sedia menanti..sebenarnyo banyak beli untuk berbuka waktu ni.. tapi  tak sempat amik gambo kecuali yang satu ni...




aku panggil tongkeng ayam. tongkeng. berkilat kilat.. orang yang jual tau aku bukan orang tempatan.. mana tak nya asal sempat je aku amik gambo... tempat orang ke... tempat aku ke asal dalam dunia ni di mana pun aku berada.. 





bila dah beli juadah balik umah tunggu waktu buka puasalah...





nak kongsi seperkara...walau ada antara kita dah tau namanya...kuih apam balik terbalik ni kat sini dipanggil kuih Malaya...lepas tu bile aku tgk kete merah kat atas ni teringat Bemie...






selain daripada kereta merah tu tiap kali aku tengok kereta lain macam kat atas ni.. megah rasa diri..proton yang kadang kita panggil bengong kat negara kita masih gagah berlari di sini...




lepas berbuka tunggu tunggu masa tengok tengok tv apa cerita.. KL raya jumaat le... BSB raya sabtu nya.. ok le.. lain tempat ada bende serupa ada bende lain lain warna. bedal je le..selamat raya untuk aku dan semua. cuma mak bapak dan adik beradik aku tak dapat beraya bersama tahun ini le.. selamat le...



4 comments:

  1. Ko makan ke kompas tongkeng ayam tu... berkilat semacam jer... letak syelek apa..? hheheh

    ReplyDelete
  2. makan juge...sodap..yang kilat tu kuah sambalnya .. tapi aku tgk macam minyak je.. entahle.. hehehhe

    ReplyDelete
  3. pooh haah.. kuih Malaya.. hehe..tak sempat nak post.. brunei pun raya jumaat juga.. sama macam malaysia setelah beberapa lama raya lain lain waktunya. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails