SOTO
Soto merupakan sup rebusan ayam dan beberapa rempah tradisi dengan hidangan bersama nasi himpit, mee atau mee hoon. Soto adalah sajian tradisi di kebanyakan tempat di Indonesia, Singapura mahupun Malaysia. Kunyit ditambah sebagai salah satu bahan untuk mendapatkan kaldu ayam kuning. Selain ayam, soto juga dihidangkan bersama telur rebus, hirisan kentang goreng, daun saderi cina, dan bawang merah goreng. Hiasan juadah ini turut berbeza di beberapa tempat. Uniknya soto di Malaysia dimakan bersama campuran sambal kicap yang lazimnya sinonim dengan masyarakat Johor.
Soto, Sroto, atau Coto Tauto adalah hidangan dalam berbagai variasi serantau. Tiada definisi jelas tentang soto.
Dalam beberapa risalah sejarah menyatakan asal mula Soto adalah makanan Cina disebut Caudo, pertama kali popular di wilayah Semarang. Caudo akhirnya menjadi Soto, dengan masyarakat Makassar menyebutnya Coto, dan orang Pekalongan menyebutnya Tauto bahkan beberapa tempat ada yang menyebutnya Sauto.
Apapun sejarahnya soto, ia kini juada serantau dinikmati semua lapisan masyarakat Malaysia.
perghhhh terliuq ler..heheh
ReplyDelete=)
@adwa.. sila sila.. jangan segan :)
ReplyDeletecantik punya info... tapi aku terliur dan lapo apa certa nieee
ReplyDelete@brutal..kalau lapo makan le soto.. meh makan meh..:)
ReplyDelete