"Hey Budak... Kau Gila ke...?"
Hoi budak... kau kencing pun berdiri.. ada kala basuh ada kala biar kering sendiri. Hey budak... kau kadang bercakap macam murai tak henti.. sepatah haram pun tak de erti... lagi kau sibuk kat sini.. kau tau ke apa cerita dah jadi...?
Angin Kata
Kata pujangga, jika mahu lihat tamadun bangsa, lihatlah binaan mereka. Tentang bunyian yang mengisi vakum deria. Semalam dan hari itu, yang dulu dulu tentang udara yang sifar dan kari yang berbau... Lupakan saja.. kenapa mesti berkokok bila siang dah dilewati... kenapa nak menjerit kalau suara tak cukup tinggi...kenapa mesti marah bila yang lain berjaya merubah.. tepuk hati tanya diri sendiri... selamat berjaya buat sahabat.
MENULIS di 100 PENULIS
Salam sejahtera,
Menulis tak semua tahu...ada masa tahu ada masa tak mahu...menulis kadang ikut rasa kadang ikut jiwa.. menulis cita cita.. menulis sengketa angkara manusia. Menulis tertulis bukan melukis..melukis tertulis bukan jiwa penulis.
SOTO
Soto merupakan sup rebusan ayam dan beberapa rempah tradisi dengan hidangan bersama nasi himpit, mee atau mee hoon. Soto adalah sajian tradisi di kebanyakan tempat di Indonesia, Singapura mahupun Malaysia. Kunyit ditambah sebagai salah satu bahan untuk mendapatkan kaldu ayam kuning. Selain ayam, soto juga dihidangkan bersama telur rebus, hirisan kentang goreng, daun saderi cina, dan bawang merah goreng. Hiasan juadah ini turut berbeza di beberapa tempat. Uniknya soto di Malaysia dimakan bersama campuran sambal kicap yang lazimnya sinonim dengan masyarakat Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)