Satu Hari Sehari...

Hari yang penat... alhamdullilah....


On The Run...

salam berbuka, tiada apa yang menarik dari aku cuma ingin berkongsi rasa... nasik ayam kegemaranku. antaranya di On The Run...


Nasi Kerabu, Cendawan Goreng....Karipap Sardin

Salam, berbuka hari ni seperti biasa.. cuma aku bagtau bini aku nak beli je..dia tanya apa.. ku jawab cendawan goreng macam biasa.. bini aku selalu masak cendawan goreng untuk aku.. jadi die minta aku simpan gambar di sini supaya die boleh tengok walau tak dapat rasa...


Hailmey CREW

Salam semua, sempena puasa terkenang kerja kerja lama.. bersama kawan kawan membantu mengerah tenaga. entah bila dapat bersua...



Rasa Dinihari....

Buat seketika... 


Merdeka Daripada Perspektif Aku...

Qasidah Gunung Semanggol... Teater terakhir aku...
Salam  untuk kamu...kamu yang mengajar aku mengenal perkara..aku kenal dunia daripada perspektif berbeza..aku kenal diri aku. aku lihat dunia itu daripada kacamata kamu....



TELATAH MANUSIA...


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”



KUNING...

Foto aku hari ini... sama macam Kuning duduk sorang diri... nak bercakap tak de sapa di sisi.. message kawan ajak lepak duduk sama sama kongsi rezeki..






NASI KANDAR, COKE dan SEBATANG ROKOK...


entry lewat pagi...



ANAK BUKAN UNTUK DISEMBELIH...

salam berbuka.. entry aku hari ni sebab aku baca satu story.. sadis.. ngeri tak sampai ati...anak bukan untuk disembelih... aku ingat paling ngeri pun masa kecik dulu waktu kene sunat.. tu pun sakit.. inikan pulak kene sembelih.. subhanallah...


"wei budak... jangan takut sikit saja.. yang hujung je. .bukan semua"


Aktiviti


hi kawan, apa kabo. dah makan nasik?. aku boring ni. jadi nak ilangkan boring aku nak kongsi hobi aku le dalam blog tunggang terbalik aku ni. nak cite pasal amik gambo ni. bape umur amy cuba teka. bape haribulan tarikh lahir die. napa aku sebut amy. sebab amy ni yg ngajor aku cara betul nak bukak blog. saje je aku petik nama dia. dan hari ni hari lahir die..(25 Augustus) selamat hari lahir

EOS, AKU dan RASA

gambo aku amik hari ni.. saje saje suke suke ..kongsi kongsi pada sapa nak tengok le.. makasih..



BUDU dan AKU...

salam petang, salam lepas berbuka..hari ni aku ada kerja sendiri yang belum dibereskan lagi.. lama tak buat..kene buat juga.. nanti lupa..tapi alhamdulillah sempat ngadap waktu berbuka.. sedia makan alas perut ala kadar sahaja...





Hantarkan sebarang pertanyaan dan cadangan anda. Segalanya amat dihargai. Terima kasih.

Kompas boleh dihubungi melalui
skype : izanhailmey 

BB pin : 25FDFF63
Nama Penuh*

No. Telefon*

Email*

Perkara*

Mesej Anda*

Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image][What's This?]
Powered byEMF PHP FormS

Ikan, Nelayan dan Gigi Berlubang...

salam petang, salam berubah untuk kebaikan insyaAllah. semalam kita lupa.. hari ni pun kadang lupa. bile mau ingat. sendiri fikirlah.. aku pun sama. selalu lupa.. selalu cakap suke suke.. kadang aku cakap maksud makan pakai sudu.. orang dengar kadang fikir aku merapu...aku minta maaf dulu...insyaAllah... hari cerah.. aku keluar rumah. jalan pelan pelan.. cari makan...insyaAllah...cerita sakit gigi tak de kene mengena dengan mana mana entry aku dalam blog ni..





Lepak Lepak Bemie...

gue udah nyampei rumah dari sore... keluar cari rejeki.. sebelum lewat ke rumah sms sama bemie. yok ngeteh.. Bemie lantas setuju. maka destinasi ngeteh kami ya seperti biasa...






Jam, Masa... Emas Ke...?

salam dan selamat puasa.. aku sakit bahu tak tau sebab apa. saje je cite. bukan ngadu domba. kalau ye pun dah orang kita. macam tu la kisahnya. tapi aku bukan nak cite pasal bahu. bahu aku sakit aku punya pasal. apa aku buat aku je tau.  aku nak cite masa aku sekolah darjah tiga dulu.. cikgu tahun 80an cakap masa itu emas. cikgu tu siap suruh buat lukisan.. tulisan 'masa itu emas' dan letak gam serta taburkan butiran butiran serbuk emas.. emas katanya.. ye ke cikgu...


Yok Rahasia...!

Yok... same gue kenali rahasia yang tersembunyik..
Kenali rahasia nombor plate kereta lu.. mau bisa di guna pakei sampai bila bila... gerenti kaya. mudah cuma tekan tekan kepala lu...

Yok sama gue.. doktrin Kompas.. bayarin aja berapa lu suka..!!


Kurma... Subhanallah...

salam amy dan kawan kawan semua. aku baru pas balik berbuka tadi. tak de apa sangat aku nak cerita. aku cuma nak berkongsi. aku sebenarnya adalah seorang pesakit gigi berlubang. pesakit ke.. sakit je.. lantak la situ. aku nak bagitau sepanjang aku sakit gigi berlubang. aku minum minuman sejuk atau manis, atau makan bende manis. kesakitan perlubangan gigi amat terasa dan ketara.


gambar hiasan walaupun bukan hiasan. dan ini bukan gigi aku...
 

Kene Tag Dengan Bemie Pulak

Tagged By Bemie



SYARAT2NYA IALAH....

 Mesti Menggunkan Huruf Pertama Dari Blog -(Huruf B) tapi aku huruf K.. lantak le.. B for baik.. Baik Kompashailmey


1. Nama Anda
Kompashailmey : Kalau Orang Menyibuk Pasal Aku Apa Susah.. Hailmey

Terima Kasih.

salam petang puasa. smlm aku nak kongsi satu kisah membawa kepada hari ini. smlam waktu bosan dan blogwalking aku singgah ke satu blog ni.. nama die blog nanea kot...apa yang menarik perhatian aku kat situ ialah lagu.. walau selalunya aku kurang sangat layan lagu dalam blog. tapi sewaktu sedang aku melakukan sesuatu yang lain. aku biarkan blog nanea ni berpusing.. dan terdengar satu lagu. aku tersuka pulak lagu ni.
thanks nanea...whoever u are lah.. ok.





Daging Mc Donald Tidak Halal ?


Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.
Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)


Malam Malam Yang Bosan

kadang kadang ada waktu kita terlalu bosan.. terlalu banyak sangat perkara yang belum diselesaikan.. walau ada perkara walau tiada.. hati tertanya tanya. apa akan jadi esok hari. adakah hari masih ada nyawa atau sudah mati. kuih dan beli. kepul kepul asap naik tinggi. nak aku post kan lagi kenangan video ride aku part 3.





selesai kenangan aku. moto bawak kaki tiada lagi. simpan baik baik. moga satu hari ada rezeki. ku angkat seketul lagi.. selamat le... dunia tidak selalu indah..

Malam Boring Tanpa Kuih

Lepas buka aku ucapkan selamat buka. aku dah buka dan solat. tapi masih boring.. baru aku tau ngape.. kuih muih tak de. aku nak kuar gi beli kuih.. sambil aku sogokkan kat sini video ride aku part 2.



layan dan selamat le.... 

RIDE TO KUKUP 1

tengah tengah boring ni aku teringin nak ada motosikal balik. dulu ada tapi aku dah jual. sebab bile ada motosikal langkah panjang sikit. jalan jalan cari pengalaman tengok permandangan. dan bersempena aku teringat zaman aku ada moto. ni aku nak kongsi satu video. aku shoot sendiri.. aku edit sendiri semua aku sendiri. sebab tak de budget nak bayar orang. bedal sendiri je le... ride ni menuju ke Kukup, Pontian. jalan jalan sama kawan kawan. gabungan motosikal berkuasa 250cc dan ke atas menunggang cara berhemah. pelan pelan janji sampai lah... tengoklah sementara tunggu waktu berbuka...


Dusta Berkalang

selamat petang, dah puas aku baca paper online hari ni. dah sogok seketul dua cerita kita sebagai entry. aku teringat time aku sibuk. time aku kerja. jadi aku nak post satu video yang aku buat untuk Muzik Aktif Astro. video muzik Dusta Berkalang nyanyian Aiman. lagu ni aku suke. syok layan. dan syok bikin videonya. video ni aku buat sekitar awal 2009. lokasi sekitar kuala lumpur dan kawasan restoran arab jalan damai. kekuatan krew  production 5 orang.  jumlah masa shooting 1 hari. klip video yang simple...so layan le. aku tak leh bagi semua. bagi sikit je. timo kasey.


3 Manusia Tertinggi di Dunia

 
Sultan Kosen mengeluh, sampai saat ini dia belum pernah punya pacar. “Gadis-gadis takut melihatku. Padahal aku ingin sekali punya kekasih, dan berharap bisa segera menikah.”




Berakit Arus Deras Cabar Keupayaan Diri


antara petikan artikel  : Media Permata, Brunei Darussalam

PERNAHKAH awda mencuba sukan kayak arus deras atau ‘white water rafting’? Sukan ini semakin popular di kalangan peminat sukan ekstrim. Bagi awda yang gemarkan sesuatu yang mencabar, dikelilingi arus deras dan jeram berbahaya serta alam semulajadi, inilah sukan yang tepat untuk awda!
     
Gambar hiasan

TERBANG LAGI...

Semalam 16 Ogos aku ke LCCT lagi. anto bini terbang cari rezeki. insyaAllah raya jumpa lagi tapi bukan kat sini. selamat bekerja dan jaga diri le...




KUNING LAGI...

Aku ada lebih gambo Kuning.. saje aku letak sini. tengok tengok semoga senang hati. jangan fikir masalah nanti rambut gugur lagi...


"blah la..sini tak de makanan..."

AKU, KUNING DAN ATUK - Part 2


hari ni anta bini aku ke LCCT. sambil sambung cite Kuning lagi. napa hidup macam macam ye. ye la.. kalau tak macam macam tak hidup le.



AKU, KUNING DAN ATUK - Part 1

Salam semua, memandangkan cuti bini aku sehingga esok (16 Ogos) maka hari ni kami ke Ijok kampung atuk dan nenek sebelah bini aku. dengan niat untuk menziarahi kedua mereka dan sedara mara. dalam kesempatan yang berbaki molek kiranya menziarah atuknya yang uzur dengan doa semoga mereka sihat dan sejahtera.

BORING LAGI...?

Disebabkan boring lagi, aku amik gambo lagi. menggunakan EOS1000D aku godek, tangkap, simpan mana mana berkenan. 









AKU LAPOR NASIK

Salam semua, seteleh berbuka dan berperut penuh, sementelah dengan kelapangan masa di bulan Ramadhan, aku dengan tidak semena mena rasa macam nak buat silk screen baju aku. daripada tak de bende nak buat aku pun baru pas layan cite cite ajaib memberi idea untuk mencetak baju.





JALAN JALAN LCCT AMBIK BINI

Salam semua, baru sampai rumah pukul 1.40 pagi tadi. dari rumah pak mentua. sebelum tu dari LCCT amik bini aku balik cuti kejap. bulan bulan puasa ni kat mana mana je jem. petang aku kuar umah on the way to LCCT pun banyak kete.




VIN ME

Sebab boring jadi lagi aku pun sekonyong konyongnya post satu video kenang kenangan aku dan kawan kawan dari singapura semasa ada kerja di Vietnam tak lama dulu. Hanoi sebuah tempat yang cool, sibuk tapi best. Selamat kawan kawan...Amy.. jom la Hanoi...


Satu Haribulan Ramadhan

Selamat berbuka kawan kawan. ada ke aku ni kawan. hehehe. aku tulis aku ketawa sendiri.gile dah budak ni. bior le. janji aku tak usik orang. semalam first puasa. aku gi lepak dengan amy. mulanya ada benda nak buat. pastu pusing pusing. waktu pun tak berapa mengizinkan. so aku dan Amy pun decide gi Shah Alam. nak tgk keadaan di sana. tgk je le.



Photobucket


Kereta Hyundai pun Sodap

Pusing pusing dengan Amy, memerhati dan borak sampai pagi. nampak buang masa. aku dengan dia je tau apa kami cite. apa die.. sama je dengan cite orang lain. bile dah pusing pusing ni kebetulan aku dan Amy singgah showroom Hyundai. showroom lain pun singgah. tapi macam tak de orang je.. maksud aku sales person nye hilang ntah ke mana. yang muka sombong bongkak macam die buat kereta pun ada.biarlah.. masing masing punya cara.


Photobucket


Pusing Pusing Satu Ramadhan

Salam dan hi semua. semua ke? hari ni aku nak post pasal satu Ramadhan, maknanya semalam le. gambo aku dah upload. nak nulis post ni tadi ada keje lain.. skrg nak waktu buka. rasa macam nak tgk tv jap. kang lepas buka dan kembung perut aku post pasal satu Ramadhan. timo kasey.

Bukit Kepong

Secara kebetulan masa balik kampung, aku boring tak de buat apa. aku ajak abang mimi sepupuku dan adin adik aku menyusur jalan mencari lokasi rehat rehat. jadi aku bawak le mereka kononnya nak ke air terjun Sagil dekat Jementah. dalam perjalanan dari Gemas kampung aku ke Jementah lebih kurang dalam 1 jam lah. Jementah ni berkedudukan dalam negeri Johor. jadi aku pun lalu la Batu Anam, naik Segamat turun Jementah. dalam jalan jalan tu tiba tiba teringat nak ke Bukit Kepong. itupun secara kebetulan selepas Jementah sebelum ke Sagil akan ternampak satu signage Bukit Kepong. belok ke kiri menuju Bukit Kepong...

Abg Mimi dan Adin



AKU

ini aku. sejak aku boring aku suke lepak kedai minum. borak dengan amy sampai pagi. cite mcmana nak jadi itu dan ini. cite macamana cari kawan.. buat masa ni aku menjalankan perniagaan online milik family dan beberapa rakan. waktu aku free tak de shooting atau travel keje aku berniaga sambil berkawan.. bagi aku selagi celik mata. borak borak cari la idea. aku tak tau nak tulis apa. oklah. selamat le.
untuk mengetahui apa keje aku waktu aku ada keje boleh singgah ke pejabat ajaib aku. terima kasih...

Tutorial Online (yang akhirnya tensionkan aku)

Skrg ni aku tension, post aku terpadam tadi. nasib Amy boleh online tolong aku balik. Amy dah tolong aku godek dari petang tadi. begini kisahnya....petang tadi aku boring. aku godek blog sampai buntu. aku message amy ajak online.. die tolong aku godekkan sampai aku suke macam orang minum todi. macam la.. bukan minum todi pun.

tension je.. tadi aku tulis lain. skrg aku tulis lain. sebab post aku ilang.


Aku dan Amy

antara aktiviti aku waktu kini ialah lepak lepak borak borak. lokasi lepak aku biasanya kat MSI. apa MSI tu lu orang carik le sendiri. bile aku lepak dah tentu dengan amy. die ni tokey web die sendiri.

Boring?... Pusing... Amik Gambo

ini keje aku bile boring, pusing pusing ambik gambo bunga.



Tau Concept OK Lah...

aperture is one of two fundamental concepts in photography. it can get a little complex, but the basics are easy to understand. just like me, trial an error is one of my concepts lah. yang penting lu suke gambar lu. cukup.

shot was taken with a wide aprture

Gambo daripada EOS 1000D


Silk Screen Aku

sejarah silk screen atau cetak baju ni bermula sebelum aku lahir. aku bukan ahli sejarah sangat nak bagitau bile tarikhnya. dan silk screen ni skrg antara hobi aku. hobi yang kadang jadi duit kadang jadi aku suke je. biarlah apa pun janji aku ada benda nak buat. kebetulan dalam beberapa ketika lepas aku jadi boring. aku masuk belajar cetak baju. sampai sekarang aku boring je aku cetak baju cuma baju tu je aku beli. nanti akan datang aku nak belajar buat baju pulak. dah la. malas nak tulis lagi. perut sakit.

Amiklah Gambo Selagi Larat

it costs you nothing to take a digital photo. so take lots lah..orang pro pun amik gambo berpuluh untuk pilih satu yang terbaik. walau pun tak baik pada mata orang.. pedulik kan lah. gambo lu.. lu punya suke lah. apa mau pening pening. aku tak geti nak tulis pasal fotografi pasal aku bukan pernah belajo pun pasal bende ni. kalau baca pun kebetulan je. apa yang penting tau basic dan lepak le kat mana mana. amik la gambo seberapa banyak lu suke. itu cara aku belajar lah. aku tak suruh orang lain ikut. aku cuma kasih tau je. pala aku sakit la.. kang aku tulis lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails